Diary Oktober 2020

Assalamualaikum

Salam isyak, Masih lagi ada cita-cita untuk sambung jadi bloggers BBNU...


Kali ini dengan objektif yang lebih jelas,

1.bercita-cita untuk jadi GC (guru cemerlang)😆🙈

2.nk cabar diri untuk ambik medal bronze menyelamat tahun 2021

Perasan yang sangat membara untuk menyahut cabaran ini setelah melalui beberapa pengalaman dan kejadian (bukan y aneh ajaib@ yea)..

Kejadian Dan pengalaman Tu termasuklah

🌷Susulan pendemik covid19 ni..ramai y telah kehilangan pekerjaan,ia sedikit sebanyak telah menyedarkan saya bahawa pekerjaan y kita ada sekarang parut dihargai dan disyukuri

🌷Guru ketua bidang cikgu aziatun la y menjadi pendorong sebab dia d apply GC tahun ni(2020) dia telah memberi suntikan semangat untuk teruskan usaha ini..❤️tenkiu kak

🌷Burn-out sebab d lama sangat berada di comfort zone,setiap hari buat perkara yang sama dan tiada perubahan dan kepuasan contohnya tiap2 hari marah pelajar sebab tidak siapkan kerja sekolah,xfaham bahasa melayu,xpandai baca buku,bising cakap kuat,datang sekolah lambat,detin kt tangga,tukar tempat duduk,tipu cikgu, xbawa buku latihan,tdo dlm kelas,ponteng kelas,masa kita nk ngaja la nk pergi jumpa guru lain,nk g rehearsal persembahan,bawak hp la vape la mcm2..hukuman kpd y buat salah bawak g bilik displin rotan..🙄🥱 setiap hari ulang..hilang motivasi nk mengajar,setiap hari selalu kne kumpulkan semangat untuk melangkah ke sekolah...rasa terbeban sebab buat kerja y tidak enjoy

🌷dorongan dari suami tercinta Robin, tenkiu bbin bagi semangat untuk berjuang,dia seorang pendengar yang baik dan selalu mendengar rintihan isteri Yang selalu merungut benda ya hampir sama setiap hari...pernah 1 kali tu dia ckp " dah xyah ngajar fizik aja pjk ke senang xsakit kepala"😁😆..cm nk tergelak pun ada jgk..

Level burn out tu sampai saya pernah ckp kt suami xnk jadi cikgu dah..senang je dia reply" d fikir nk jadi apa klu nk quit jadi cikgu lpsni?"🤔🤔level soalan ni KBAT TP5...termenung nk jawab😆😁

🌷Lepas tu sebab nk ambik medal bronze tu nk cabar diri sb sampai skrg pun Masih Belum terror LG swimming..bole la swimming kayak breast stroke tu..klu bagi freestyle ke butterfly ke mmg kelaut dalam karammm..😆😆, d fed up klu boleh nk btol2 pandai 🏊 nk aja anak sedara swimming nti,anak sdn blom ada lagi...doakan tau semoga 1 hari nti Allah kurniakan kami cahaya Mata👨‍👩‍👧‍👦 nk dapatkan pencapaian impak tinggi untuk diri sendiri..


Comments

Popular posts from this blog

🌷Masih dalam misi