Tugasan GT Siri 1

assalamualaikum

Tugasan guru tingkatan secara amnya ialah merekod kehadiran setiap hari,menjaga kebajikan pelajar kelas yang telah diamanahkan oleh sekolah dalam jangka masa 1 tahun biasanya bermula Bulan januari- Nov jelah sebab disember cuti sekolah Kan..🤫🤭   

Stigma kerja guru senang sebab banyak cuti tu sedikit sebanyak telah mengguris hati kami...kerana tidak adil la netizen dan masyarakat jatuhkan hukuman sebegitu terhadap kami kerana bagi bagi saya setiap kerja ada tekanan dan pemberat masing2..u are not in our shoes,and as well as us we not in your shoes either 

Jgn cakap kerja sebagai suri rumah kerja senang..terbang abis pisau,lesung batu ngn magkuk nti..😜 try la jadi suri rumah 1 hari tengok cmne pergi dia..😆😆

Nk try jadi cikgu???

Try imagine je skrg jaga 30 pelajar,pastikan semua berada di kerusi dan meja  masing2 & bersedia untuk belajar maksudnya mata,telinga & buku sume ready untuk terima knowledge..ikut pengalaman saya d rakan guru y perlu dapatkan khidmat psikiatri kerana tidak dapat kawal pelajar ,dia jadi stres dan murung...nauzubillah

Ok kita teruskan dgn bidang kerja guru tingkatan GT mengikut pengalaman saya sebagai GT selama 8 tahun

🌺lantik organisasi kelas,ketua,penolong,s/u,bendahari,ajk

🌺Ambik kedatangan pelajar,rekod dlm apdm(aplikasi data murid) setiap hari

🌺Update status ketidakhadiran pelajar(sakit,wakil sekolah,kenyataan,urusan keluarga DLL)

🌺Keluarkan Surat amaran ketidakhadiran sekiranya 3 Hari berturut2 tidak hadir tanpa sebab@ 10 Hari tidak berturut2 tanpa sebab

🌺Arahkan bendahari kumpul duit untuk hias & cat kelas(sometime dapat duit dari sekolah rm50 1 kelas untuk keceriaan)

🌺Cikgu beli kain-jahit buat langsir

🌺Datang Weeknd cat Dan hias kelas

🌺Beli barangan hiasan kelas kt DIY@eco@2n standby nk deco kelas

🌺Kelas abad 21 mesti ada parking lot(apa sahaja cadangan @ luahan isi hati pelajar),chart reward( ganjaran kepada pelajar yang membuat perkara yang baik),carts organisasi, jadual bertugas,jadual waktu,visi&midi sekolah,susunan meja ikut kumpulkan(pendemik covid19 skrg so meja cm exam 24/7

🌺 Tool kit pdpc abad 21 (Ada trafic lite,marker pen,whiteboard mini etc lupa la sb saya punye pun blom complete lagi😆😆)-nk tugas sume cikgu sbenarnye

🌺update maklumat pelajar Di apdm (pendapatan plg glemer in pastikan pelajar y perlukan bantuan) awal tahun sekolah Akan gerakkan GT untuk pastikan pelajar y layak dpt KWAMP @ biasiswa bagi pelajar y cemerlang dan kurang kemampuan

🌺lengkapkan fail personalia pelajar bawak je fail tu dari form 1..sume maklumat keluarga biasanya d dlm fail ni...tapi d je jenis y dari sekolah rendah swasta ke agama ke bila pindah dtg kosong je xbawa apa2 so kerja GT la wujudkan fail ni(kad gigi Dan buku kesihatan) biasa awl tahun misi dtg cek gigi dan bagi suntikan mana2 y ptt la 

🌺 pelajar baru pindah masuk sekolah contohnya,GT kne go sambut kt ofis pahtu setelkan fail kemasukan td y personalia,kad Gigi,buku kesihatan Dan rekod kemajuan masukkan dlm bilik fail kelas Kita...incase klu xd cikgu kne la wujudkan fail baru -lagi best klu pelajar pindah dr sekolah menengah swasta ke sekolah kerajaan..xd rekod (PKS-pentaksiran kemahiran saintifik,PBD-pentaksiran bilik darjah) dan kerja kursus sejaran,geografi xd langsung..sume cikgu subjek kne start dari zero untuk pemarkahan PT3 mengucap panjang klu d tarikh hantar ngn bdk tu pindah dekat..🤦

🌺GT jumpa parent bila open day sekolah..tunjuk markah exam,kad dimerit(fail salah laku pelajar)dan psikometrik(kerjaya Dan minat)n pajsk(markah penglibatan Koko)..pahtu bagi motivasi la kt bdk2 rajin Tu,y malas mmg tunjuk kt dimerit je via mak ayah dia maklum

🌺 GT sediakan group whatapps@ telegram kelas tahun semasa untuk maklumkan sebarang informasi dan maklumat sekolah-ni dtg masalah klu add pelajar dan ibubapa pahtu dop sibuk left group..lagi sakit kepala bila pelajar tiada hf terpaksa guna fon ibubapa.. 

🌺 GT Akan Bantu pelajar Yang sakit perlukan hf u call parent u ambik merdeka balik umh- Ada kes pelajar tiada sesiapa dirumah walaupun demam terpaksa berada disekolah juga cikgu GT Akan bawa ke bilik kesihatan u rehat,d juga keadaan pelajar lapar sampai pensan so GT@ Guru bertugas mingguan belanja makan la biasanya

🌺 Pertukaran kedudukan dalam kelas sekiranya dapat banyak aduan daripada guru pelajar bising,pecah kepala nk susun y dop bising tu tinggi dop kt belakang kne pindah depan,klu dop belakang cnfrm bising,y elok lak kecik kne dop belakang,y tinggi mata rabun pulak...yang xtahan bau badan kawan la,y xnk dop tepi lelaki la,nk dop sebelah kawan baik la...sume nk kne entertain

🌺kelas berkongsi- pelajar petang rosakkan pelapik meja kne tunggu sesi petang masuk kelas warning dan Minta gantirugi..klu rosak lagi bayar 2x ganda..kne bagi ancaman klu x benda cnfrm jadi lagi

🌺hiasan sempena Bulan merdeka,cikgu jugak kne sediakan bendera gantung dalam kelas,xkisah la apa2 je y nampak tema merdeka Tu gantung je dlm kelas klu x Nama GT Naik dlm telegram sekolah...glemer pulak 1 hal

🌺 GT terima markah Koko dari cikgu penasihat untuk masukkan markah dalam app PAJSK untuk generate markah masuk dalam fail Koko untuk dibawa ke f5

🌺 GT update salinan potostat IC pelajar untuk daftar PT3,serahkan salinan slip daftar PT3 untuk diperiksa oleh pelajar dan turunkan signature untuk pastikan@bukti pelajar telah cek untuk elakkan kne denda rm30 bagi setiap kesalahan

🌺guru isi markah exam pelajar dalam app SAP offline- terima markah dari guru subjek dan isi ulasan guru mengenai pencapaian dan peribadi pelajar

🌺GT selesaikan proses penghantaran buku teks ke bilik buku teks pastikan maklumat adalah betul Dan bilangan buku hantar dan pinjam sama- klu xsama kne kejar pelajar bayar denda

🌺GT perlu entertain parents yang datang kerana pelajar Ada masalah displin biasanya sebagai Sakai 3rd party

🌺Guru kejar Surat MC dan kenyataan pelajar klu x isi surat amaran ketidakhadiran 

🌺 masukkan slip keputusan pelajar dlm fail kemajuan,pelajar y xd fail kemajuan perlu beli kt koop klu xnk Beli xlh paksa kita stepler je awk msk dlm fail biasa ,harap2 cikgu tahun depan dia jumpa la result ni nti

🌺Edaran dari sekolah contohnya jadual exam,maklumat kebenaran ibubapa u menjalani aktiviti SEGAK,borang usul mesyuarat PIBG,edaran hari koko, kelas tambahan, borang jawapan insuran etc byk la klu nk ckp mmg xteringat..,😆😆

🌺standby senarai nama pelajar time musim exam sb cikgu subjek dtg cari GT untuk dapatkan listname ni


Comments

Popular posts from this blog

🌷Masih dalam misi